11 Tips mengemas bilik,
1.Kalau bilik sempit,amik warna cair dan terang kerana pemilihan warna ini akan memberikan kesan kepada ruang iaitu jika bilik yang kecil akan nampak lebih besar,kalau perasan,selalunya syiling rumah adalah berwarna cair kerana syiling yang rendah akan kelihatan lebih tinggi.
2.Letakkan barang-barang yang kecil ke dalam satu bekas khas dan sebaiknya bekas yang sama bentuk biarpun berlainan saiz.Anda boleh meletakkan lebel pada kotak tersebut.
3.Menyusun buku mengikut ketinggian dan saiz serta mengkategori buku-buku itu.
4.Kategorikan setap barang contohnya,satu sudut tempat untuk meletakkan beg,satu ruang untuk bahan bacaan,satu ruang untuk bahan rujukan.
5.Buang barang-barang ag tidak diperlukan seperti baju yang sudah tidak diperlukan.
6.'Reuse' semula seperti bekas mister potato dijadikan bekas pensel.
7.Elakkan daripada makan di dalam bilik kerana ini akan megundang semut.
8.Menghias dinding dengan kreativiti.Jika anda adalah pelajar,anda boleh menampal nota-nota mengunakan kertas berwarna-warna atau mind map lalu ditampalkan di hadapan meja belajar.
9.Buka tingkap setiap pagi agar habuk-habuk dan debu yang terperangkap dapat keluar.
10.Letakkan/tanam pokok di dalam bekas yang comel lau letakkan di hadapan tingkap agar pokok itu dapat menerima cahaya matahari.Jagalah pokok itu sebaik-baiknya.
11.Lakukan pembersihan harian seperti menyapu sampah,buang sampah,kutip kain kotor dan sebagainya setiap hari dan pembersihan mingguan seperti membuang habuk,menyapu sawang dan mencuci kipas.
sekian tips dari saya.. <3
No comments:
Post a Comment